PDPA

Privacy Notice To Comply With Personal Data Protection Act 2010 / Notis Privasi Bagi Pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

 

A. General / Umum

“We” and/or “YIR” in this Privacy Notice refers to Yayasan Ihsan Rakyat, which includes the holding company, subsidiaries, and any associated company as defined in Companies Act 2016 from time to time and jointly controlled companies, providing financial and or other regulated services. In view that the Personal Data Protection Act 2010 (“Act”) is in force, we are taking steps to ensure that we are in compliance with the said Act. / “Kami dan/atau “YIR” di dalam Notis Privasi ini merujuk kepada Yayasan Ihsan Rakyat, yang merangkumi syarikat induk, anak syarikat, dan mana-mana syarikat bersekutu seperti yang ditentukan dalam Akta Syarikat 2016 dari semasa ke semasa dan syarikat yang dikendalikan bersama yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan atau lain-lain yang dikawal selia. Dalam mengambil kira Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), kami telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan kepatuhan Akta tersebut.

Pursuant to the Act requirements, we endeavour to issue this Privacy Notice to you which explains: / Sehubungan dengan keperluan Akta, kami berusaha untuk mengeluarkan Notis Privasi ini yang menjelaskan:

a) What kind of personal data we collect and the ways of collecting it; / Jenis data peribadi yang dikumpul dan cara pengumpulannya oleh kami;

b) How we use your personal data; / Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda;

c) The parties that we disclose your personal data to; / Pihak-pihak yang kami dedahkan data peribadi anda;

d) The choices that we offer, including on how to access and update the personal data. / Pilihan-pilihan yang kami tawarkan, termasuk cara mengekses dan mengemaskini data peribadi.

 

B. Consent Is Required / Persetujuan Diperlukan

1. When you sign up for our products and services, you may be required to provide us with your personal data. In doing so, you consent to its use by us in accordance with this Privacy Notice. / Apabila anda melanggani produk dan perkhidmatan kami, anda dikehendaki untuk menyediakan data peribadi kepada kami. Dalam berbuat demikian, anda memberi kebenaran akan penggunaannya oleh kami selaras dengan Notis Privasi ini.

2. We may obtain your personal data from yourself and from a variety of sources, including but not limited to: / Kami mungkin memperolehi data peribadi daripada anda sendiri dan dari pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada: 

a. through your relationship with us, for example personal data provided by you in application forms, when using our products or services, when taking part in customer surveys, competitions and promotions, and during financial reviews; / melalui hubungan anda dengan kami, contohnya data peribadi yang diberikan oleh anda dalam borang permohonan, semasa menggunakan produk atau perkhidmatan kami, semasa mengambil bahagian dalam tinjauan, pertandingan dan promosi pelanggan, dan semasa kajian kewangan;

b. through your verbal and/or written communications with us and/or our authorised agents; / melalui komunikasi lisan dan/atau bertulis anda dengan kami dan / atau ejen kami yang sah;

c. from an analysis of the way you use and manage your account(s)/facility(ies) with us, from the transactions you make and from the payments which are made to/from your account(s)/facility(ies); / daripada analisis cara anda menggunakan dan mengurus akaun / kemudahan anda dengan kami, daripada transaksi yang anda buat dan daripada pembayaran yang dibuat ke / daripada akaun / kemudahan anda;

d. from third parties connected with you, such as employers, joint account holders, security providers, guarantors and indemnitors, subject to your prior consent; / daripada pihak ketiga yang berhubung dengan anda, seperti majikan, pemegang akaun bersama, penyedia keselamatan, penjamin dan penanggung ganti rugi, tertakluk kepada persetujuan anda terlebih dahulu;

e. from such other sources in respect of which you have given your consent to disclose personal data relating to you and/or where not otherwise restricted; / daripada sumber lain yang berkenaan dengan yang mana anda telah memberikan persetujuan anda untuk mendedahkan data peribadi yang berkaitan dengan anda dan / atau jika tidak dihalang sebaliknya;

f. from recordings of Closed Circuit Television (CCTV) installed at our premises; / daripada Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di premis kami;

g. from the Malaysia Department of Insolvency, other relevant governmental authorities and/or law enforcement agencies to ascertain inter alia your current and past financial standing; / daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, pihak berkuasa kerajaan lain yang berkaitan dan / atau agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan antara lain kedudukan kewangan semasa dan masa lalu anda;

h. from any information that is supplied and/or collected when you visit our websites which include your mobile device or computer’s IP address or from any information that is collected via cookies in some of our websites. We use cookies for a number of purposes, including but not limited to storing your preference for certain types of information or products, further analysis for the purpose of providing products and services to you, to improve our products and/or to personalize our services to you. You may adjust settings on your browser and/or mobile device so that you will be notified when you receive a cookie or other similar tracking tools. / daripada sebarang maklumat yang dibekalkan dan / atau dikumpulkan semasa anda melawat laman web kami yang merangkumi alamat IP peranti mudah alih atau komputer anda atau dari sebarang maklumat yang dikumpulkan melalui “cookies” di beberapa laman web kami. Kami menggunakan “cookies” untuk beberapa tujuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada menyimpan pilihan anda terhadap jenis maklumat atau produk tertentu, analisis lebih lanjut untuk tujuan menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda, untuk memperbaiki produk kami dan / atau untuk memperibadikan perkhidmatan kami kepada anda. Anda boleh menyesuaikan tetapan pada penyemak imbas dan / atau peranti mudah alih anda supaya anda diberitahu ketika anda menerima cookie atau alat pengesanan serupa yang lain.

3. We may collect your sensitive personal data (including data relating to your physical or mental health, the commission or alleged commission of offences etc.). You hereby provide us your express consent to its use by us in accordance with this Privacy Notice if your sensitive personal data are collected, used, maintained or disclosed. / Kami boleh mengumpul data peribadi sensitif anda (termasuk data berkenaan fizikal dan keupayaan mental anda, kesalahan perlakuan atau kesalahan perlakuan yang diperkatakan dan lain-lain). Anda dengan ini memberi kebenaran akan penggunaannya oleh kami selaras dengan Notis Privasi ini sekiranya data peribadi sensitive anda dikumpul, diguna, dikekal atau didedah.

 

C. Choice to Supply Personal Data / Pilihan Untuk Membekalkan Data Peribadi

1. You reserve the rights to make choices, at any time, not to provide your personal data/sensitive personal data or to revoke your consent to us. Nevertheless, we encourage you to make choices that enable us to provide high quality, effective and continuous products and/or services in assisting to meet your financial needs and objectives. / Anda mempunyai hak untuk membuat pilihan, pada setiap masa untuk tidak membekalkan data peribadi/data peribadi sensitif anda atau menarik balik kebenaran anda kepada kami. Walaubagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk membuat pilihan bagi memastikan kami menyediakan produk-produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi, berkesan dan berpanjangan kepada anda dan/atau dalam membantu kami mencapai keperluan kewangan dan matlamat anda.

2. The collection of personal data by us may be mandatory or voluntary in nature in order to continue enjoying the financial services and/or establish any other business relationships with us. / Pengumpulan data peribadi oleh kami adalah mandatori atau sukarela untuk memastikan anda menikmati perkhidmatan kewangan dan/atau membina hubungan perniagaan bersama kami.

3. Where provision of the personal data is mandatory, failure to supply your personal data may result in us being unable to open, establish, continue or provide the financial services or facilities and other relationships with you. / Jika peruntukan data peribadi adalah wajib, kegagalan untuk membekalkan data peribadi anda boleh menyebabkan kami tidak berupaya untuk membuka, membina, menyambung atau menyediakan perkhidmatan kewangan atau kemudahan dan lain-lain hubungan bersama anda.

 

D. Security of Personal Data / Keselamatan Data Peribadi

1. The security of your personal data is our paramount consideration. We keep, protect and process your personal data in a secured manner by maintaining physical, electronic and procedural safeguards to be in compliance with the law. Keselamatan data peribadi anda adalah pertimbangan utama kami. Kami menyimpan, melindungi dan memproses data peribadi anda di dalam keadaan yang terjamin dengan memberikan perlindungan dari segi fizikal, elektronik dan prosedur yang tertakhluk kepada undang-undang terpakai.

2. We will, as far as practicable, aim to prevent any unauthorised and/or unlawful processing of, and the accidental loss, destruction or unintentional damage to your personal data. / Setakat yang dapat dilaksanakan, matlamat kami adalah untuk mencegah sebarang pemprosesan yang tidak dibenarkan dan / atau menyalahi undang-undang dan sebarang kerugian, kemusnahan atau kerosakan yang tidak disengajakan kepada data peribadi anda.

 

E. Types of Personal Data Collected / Jenis-Jenis Data Peribadi Yang Dikumpul

1. The types of personal data collected may vary according to the business relationships that are established. Your personal data collected may include but not limited to: / Jenis-jenis data peribadi yang dikumpul adalah berbeza bergantung kepada hubungan perniagaan yang terjalin. Data peribadi anda yang dikumpul mungkin, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

a. Data collected on applications and/or other forms and/or as provided by you, such as your name, gender, addresses, identity cards (old/new), police/army identification number, tax identification number, date of birth, marital status, nationality, occupation/designation, year of service, working experience, phone numbers, photos, email addresses, financial positions, family members’ names, emergency contact details, employers’ details, guarantors’ details, legal representatives, details of bank accounts, specimen signature, utility bills, salary deduction record, spouse’s name, spouse’s occupation, spouse’s employer and year of service, spouse’s identification number, spouse’s race, spouse’s income and such other necessary information of you and transactions with us; / Pengumpulan data bagi permohonan dan/atau borang-borang lain yang diberikan oleh anda seperti maklumat-maklumat anda yang merangkumi nama, jantina, alamat-alamat, nombor kad pengenalan (baru/lama), nombor kad pengenalan polis/tentera, tarikh lahir, nombor pengenalan cukai, status perkahwinan, kewarganegaraan, jawatan, tempoh perkhidmatan, pengalaman pekerjaan, nombor telefon, foto, alamat e-mail, kedudukan kewangan, nama ahli-ahli keluarga, maklumat perhubungan kecemasan, maklumat majikan, maklumat penjamin, wakil undang-undang, maklumat akaun bank, contoh/spesimen tandatangan, bil-bil utiliti, rekod potongan gaji, nama pasangan, pekerjaan pasangan, majikan pasangan dan tempoh perkhidmatan, nombor kad pengenalan pasangan, bangsa pasangan, gaji pasangan dan lain-lain maklumat penting anda yang melibatkan transaksi dengan kami;

b. Data about transactions between Banks and you, its service providers, business partners, affiliates and/or third parties, such as payment history, account activities, account balances, loan and/or deposit balances etc.; / Data mengenai transaksi-transaksi di antara bank-bank dengan anda, pembekal perkhidmatannya, rakan kongsi perniagaan, sekutu dan/atau pihak ketiga, seperti sejarah pembayaran, aktiviti-aktiviti akaun, baki akaun, pinjaman dan/atau baki deposit dan lain-lain;

c. Data from Credit Bureau Reports, and Credit Reporting Agencies as defined under the Credit Reporting Agencies Act 2010 e.g. CTOS Data Systems Sdn Bhd (“CTOS”), Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd (“Experian”) (formerly known as RAM Credit Information Sdn Bhd (“RAMCI”), Central Credit Reference Information System (“CCRIS”) etc; / Data daripada Laporan Biro Kredit dan Agensi Pelaporan Kredit seperti yang ditakrifkan di dalam Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, contohnya CTOS Data Systems Sdn Bhd (“CTOS”), Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd (“Experian”) (sebelum ini dikenali sebagai RAM Credit Information Sdn Bhd (“RAMCI”), Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (“CCRIS”) dan sebagainya;

d. Data from Governmental Agencies, Regulatory and/or Statutory Authorities; / Data daripada Agensi-agensi Kerajaan, Penguatkuasa dan/atau Badan-badan Berkuasa;

e. Recorded footage from Closed Circuit Televisions (“CCTV”) installed at our premises; / Rakaman Kamera Litar Tertutup yang dipasang di premis kami;

f. Images (including photographs) video and/or audio recordings at our premises or at events organised by or for YIR; / Imej (termasuk gambar) video dan/atau rakaman audio di premis kami atau di acara-acara yang dianjurkan oleh atau untuk YIR;

g. Data received from your access to our web server and/or for the purposes of financing application; / Data yang diterima apabila anda melayari web kami dan/atau bagi tujuan permohonan kemudahan pembiayaan;

h. Data from customer surveys; / Data daripada bancian pelanggan;

i. Data from publicly available sources; / Data daripada sumber-sumber awam yang sedia ada;

j. Biometric data including but not limited to face data, signatures, voiceprints and fingerprint; and / Data biometrik termasuk tetapi tidak terhad kepada data wajah, tandatangan, suara pelanggan, dan cap jari; dan

k. When you access this page/application, anonymous technical information may be collected about your activities on the page/application (e.g. your IP address, the date and time that you access the page, information relating to your browser and operating system, the pages visited etc.) via use of cookies. If you do not wish for your Personal Data to be collected via cookies on the Websites, you may deactivate cookies by adjusting your internet browser settings to disable, block or deactivate cookies. / Apabila anda melayari laman/aplikasi ini, maklumat teknikal tanpa nama mengenai aktiviti-aktiviti anda di dalam laman/aplikasi (contoh: alamat IP anda, tarikh dan masa anda melayari laman tersebut, maklumat berkenaan pelayar dan sistem yang beroperasi dan laman yang dilawati dsb) akan dikumpul melalui penggunaan cookies. Jika anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpulkan melalui cookies di Laman Web, anda boleh menyahaktifkan cookies dengan melaraskan tetapan pelayar internet anda untuk melumpuhkan, sekat atau menyahaktifkan cookies.

 

F. The Purposes Of Collecting Personal Data / Tujuan-Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

1. We collect, use, and/or process your personal data for purposes relating to our business including but not limited to the following purposes: / Kami mengumpul, mengguna dan/atau memproses data peribadi anda bagi tujuan yang berkaitan dengan perniagaan kami termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan berikut:

a. to process application for products offered by us and/or our business partners and/or services which you had subscribed for; / Untuk memproses permohonan bagi produk-produk yang ditawarkan oleh kami dan/atau rakan kongsi perniagaan kami dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan yang telah dilanggani oleh anda;

b. to transfer to our financier particularly RCE Marketing Sdn Bhd [Registration No: 198101011880 (78009-K)] (“RCEM”), a company incorporated under the laws of Malaysia and its holding companies, subsidiaries and associated companies (“RCEM Group”) or other financial institution in the event that our financing (receivables) to you is sold, assigned or transferred to RCEM, RCEM Group or other financial institution; / Untuk memindahkan kepada pembiaya kami khususnya RCE Marketing Sdn Bhd [No. Pendaftaran: 198101011880 (78009-K)] (“RCEM”), sebuah syarikat yang termaktub di bawah undang-undang Malaysia dan syarikat induk, anak-anak syarikat, syarikat berkenaan dan bersekutu (“RCEM Group”) atau institusi kewangan yang lain sekiranya pembiayaan kami kepada anda dijual, diserahhak atau dipindahkan ke RCEM, RCEM Group atau institusi kewangan yang lain;

c. to notify you about important changes/developments to the features; / untuk memaklumkan anda akan perubahan-perubahan /pembangunan-pembangunan penting kepada ciri-cirinya;

d. to assess/verify your identity and background using the biometric data collected; / untuk menilai/mengesah identiti dan latar belakang anda dengan menggunakan data biometrik yang dikumpulkan;

e. to assess/verify your credit worthiness and conduct due diligence; / untuk mengesah/menilai kepercayaan kredit anda dan menjalankan usaha wajar;

f. to communicate with you including responding to your enquiries and/or complaints and resolving disputes; / untuk berkomunikasi dengan anda termasuk membalas pertanyaan-pertanyaan dan/atau aduan-aduan anda dan menyelesaikan permasalahan;

g. for the purposes of strategic alliances, cross selling, marketing, and promotions, to other units/department/ entities within us, our agents and third parties (third parties includes but is not limited to: companies and/or organisations that act as our agents, affiliates, service providers, business partners, professional advisers, other banks and/or financial institution, within or outside Malaysia, where necessary, companies and/or organisations that assist us in processing and/or otherwise fulfilling transactions that you have requested and companies and/or organisations that provide services to us in communicating our products and services to you); / bagi tujuan pakatan yang strategik, jualan silang, pemasaran dan promosi kepada unit-unit, jabatan atau entiti-entiti lain di bawah kami, agen-agen dan pihak-pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada: syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen, sekutu, penyedia perkhidmatan, rakan niaga, penasihat profesional, bank dan/atau institusi kewangan lain, di dalam atau di luar Malaysia, jika perlu, syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam memproses dan / atau memenuhi transaksi yang anda minta dan syarikat dan /atau organisasi yang memberikan perkhidmatan kepada kami dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan kami kepada anda) ;

h. to comply with regulatory requirements and provide assistance to law enforcement agencies; / untuk mematuhi keperluan pengawalseliaan dan memberi bantuan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang;

i. to research and develop products and/or services; / untuk menyelidik dan membangun produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan;

j. to administer and/or manage products and services to you including collecting debts and enforcement of our rights and obligations or our affiliates; / untuk mentadbir dan/atau mengurus produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda termasuk mengutip hutang-hutang dan menguatkuasakan hak-hak dan kewajipan kami atau sekutu kami;

k. to improve and develop our services and quality assurance to you; / untuk meningkatkan dan membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan dan kualiti jaminan kami terhadap anda;

l. to prevent, detect or prosecute cases of fraud/crime such as identity fraud and comply with legal and regulatory obligations; / untuk mencegah, mengesan atau mendakwa kes-kes penipuan/jenayah seperti penipuan identiti dan mematuhi kewajipan perundangan dan pengawalseliaan;

m. to maintain your credit history for present and future reference (if any); / untuk mengekalkan sejarah kredit anda bagi rujukan kini dan masa hadapan (sekiranya ada);

n. for the purpose of security, public safety, incident investigation and/or detecting criminal behavior in particular personal data collected from CCTV; / bagi tujuan keselamatan, ketenteraman awam, siasatan kejadian dan/atau mengesan/menghalang kejadian jenayah terutamanya data peribadi yang diperolehi daripada CCTV;

o. to transfer or assign our rights, interests and obligations under any of your agreement with us; and / untuk memindah atau memberi hak, kepentingan dan kewajipan kami di dalam mana-mana perjanjian anda dengan kami; dan

p. to protect our interests and other ancillary or related purposes. / untuk melindungi kepentingan-kepentingan kami dan tujuan-tujuan yang bersampingan dan berkenaan yang lain.

2. We will ensure that (i) access to your personal data is restricted to employees who are contractually required to process the relevant personal data in accordance with their respective job requirements, and (ii) only necessary information is released to the relevant employees./ Kami akan memastikan bahawa (i) akses ke data peribadi anda adalah terhad kepada pekerja kami yang berkelayakan secara kontrak untuk memproses data peribadi anda, dan (ii) hanya maklumat yang diperlukan yang akan dikeluarkan kepada pekerja yang berkenaan.

 

G. Retention of Personal Data/Penyimpanan Data Peribadi

1. Your personal data (except for face data) may be retained by us for the duration of your relationship with us or as long as necessary to comply with the applicable legal requirements, safeguard the interest of YIR and/or for the purposes in this Privacy Notice (as described in Section F of this Privacy Notice). We shall always ensure the confidentiality of all such personal data is retained. We shall delete and remove your personal data once we deemed that retention of the said personal data is no longer necessary. / Data peribadi anda (kecuali untuk data wajah anda) akan disimpan oleh kami selama tempoh hubungan anda dengan kami atau sepanjang masa yang diperlukan untuk mematuhi keperluan undang-undang berkenaan, melindungi kepentingan YIR dan/atau untuk tujuan di dalam Notis Privasi ini (seperti yang dinyatakan dalam Bahagian F Notis Privasi ini). Kami akan sentiasa memastikan kerahsiaan semua data peribadi tersebut diperlihara. Kami akan memadamkan dan memusnahkan data peribadi anda setelah kami berpendapat bahawa penyimpanan data peribadi tersebut tidak lagi diperlukan.

2. Your face data will be retained by us for a limited period of time to provide you with our services, for audit and compliance purposes and to safeguard the interest of YIR and/or for the purposes outlined in this Privacy Notice (as described in Section F, paragraph 1(a), (d), (e), (h), (l) and (p) of this Privacy Notice), but in any event, it shall not exceed seven (7) years from the end of your relationship with us. Upon expiration of the retention period, or when the face data is no longer required for the aforementioned purposes of retention, we shall promptly and securely delete or dispose of the face data to ensure compliance with data protection regulations and safeguard your privacy. Meanwhile, the identity verification service provider will retain your face data for up to fourteen (14) business days or such other period as required under the law for internal false acceptance audit and to comply with the applicable legal requirements. Upon expiry of the fourteen (14) business days, the face data retained by the identity verification service provider shall be promptly disposed of. / Data wajah anda akan disimpan oleh kami untuk tempoh yang terhad bagi membekalkan perkhidmatan kami kepada anda, bagi tujuan permeriksaan dan pematuhan dan untuk melindungi kepentingan YIR dan/atau untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini (seperti yang dinyatakan dalam Bahagian F, perenggan 1(a), (d), (e), (h), (l) and (p), Notis Privasi ini), tetapi dalam apa jua keadaan, tempoh penyimpaan itu tidak akan melebihi tujuh (7) tahun dari akhir hubungan anda dengan kami. Setelah tamat tempoh penyimpanan, atau apabila data wajah tidak lagi diperlukan untuk tujuan penyimpanan seperti yang dinyatakan di atas, kami akan dengan segera dan selamat memadam atau memusnahkan data tersebut bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan perlindungan data dan melindungi privasi anda. Sementara itu, pembekal perkhidmatan pengesahan identiti akan menyimpan data wajah anda selama hingga empat belas (14) hari perniagaan semata-mata atau tempoh lain yang dikehendaki di bawah undang-undang untuk tujuan audit penerimaan palsu dalaman dan mematuhi keperluan undang-undang yang berkaitan. Setelah tamat tempoh empat belas (14) hari perniagaan, data wajah yang disimpan oleh pembekal perkhidmatan pengesahan identiti akan dihapuskan dengan serta-merta. *for avoidance of doubt, business days shall mean a day except a Saturday, Sunday or public holiday (gazetted or ungazetted and whether scheduled or unscheduled) on which commercial banks are open for full range of business in Kuala Lumpur, Malaysia. /Bagi mengelakkan keraguan, hari perniagaan bermaksud hari kecuali hari Sabtu, Ahad atau hari cuti umum (dinyatakan dalam gazet atau tidak dinyatakan dan sama ada dirancang atau tidak dirancang) di mana bank-bank komersial beroperasi sepenuhnya untuk semua jenis urusan perniagaan di Kuala Lumpur, Malaysia.

3. You acknowledge that upon the completion of us providing our financial services, facilities or other services to you, your personal data may still be retained by us for such period as may be deemed necessary / Anda mengesahkan bahawa setelah penamatan perkhidmatan kewangan, kemudahan atau perkhidmatan lain oleh kami kepada anda, data peribadi anda masih boleh disimpan oleh kami untuk sepanjang masa yang diperlukan.

 

H. Disclosure of Personal Data / Pendedahan Data Peribadi

1. Your personal data will be kept confidential unless it is within the ambit of permitted disclosures under the prevailing laws / guidelines and / or you have consented to such disclosure, we may disclose, disseminate and / or transfer your personal data to: / Data peribadi anda akan disimpan secara sulit kecuali ianya termasuk di dalam lingkungan pendedahan yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai / garis panduan dan / atau anda telah bersetuju kepada pendedahannya, kami mungkin mendedahkan, menyebarkan dan / atau memindahkan data peribadi anda kepada:

a. Parent company, subsidiaries, related and associated companies; / Syarikat induk, anak-anak syarikat, syarikat berkenaan dan bersekutu;

b. Other departments, entities and/or units within us, our affiliates in and outside Malaysia for the purposes of keeping customers abreast with latest marketing and promotional offers which may be of interest to customers; / Jabatan-jabatan lain, entiti dan/atau unit-unit dibawah kami, sekutu-sekutu kami di dalam dan luar Malaysia bagi tujuan untuk memastikan pelanggan-pelanggan mengikuti akan pemasaran terkini dan tawaran-tawaran promosi yang mungkin diminati oleh pelanggan-pelanggan; 

c. Third parties who act for or on our behalf, for further processing in accordance with the purpose(s) for which the data were originally collected or may otherwise be lawfully processed; / Pihak ketiga yang bertindak untuk dan mewakili kami untuk pemprosesan selanjutnya berdasarkan kepada tujuan-tujuan asal pengumpulan data atau yang mana ianya boleh diproses secara sah;

d. Financier, particularly RCEM, RCEM Group and/or other financial institution, for the purpose of providing personal financing to our customers; / Pembiaya, khususnya RCEM, RCEM Group dan/atau institusi kewangan, bertujuan menyediakan pembiayaan peribadi kepada pelanggan-pelanggan kami;

e. Licensees, business partners and third party service providers; / Pemegang-pemegang lesen, rakan kongsi perniagaan dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga;

f. Professional advisors including consultants, lawyers, accountants, auditors, bankers, financiers, rating agencies, trustees, insurers, auctioneers and brokers on a need to know basis for the purposes of providing their services/advices to us; / Penasihat-penasihat profesional termasuk perunding, peguam, akauntan, juru audit, bank, pembiaya, penilai agensi, pemegang amanah, penyedia insuran, pelelong dan broker berdasarkan keperluan untuk mengetahui bagi tujuan membekalkan perkhidmatan dan nasihat mereka kepada kami; 

g. Credit bureaus, CTOS, Experian, CCRIS or any credit reporting agency in Malaysia to conduct credit checks on you and you consent to the credit reporting agency to disclose your credit report (as defined under the Credit Reporting Agencies Act 2010) to us. You also consent to any credit reporting agency to disclose your credit report to us and authorise us to seek disclosure of your credit reports, from time to time in connection with the application, distribution and provision of products and services, regardless if the relationship between us may have been terminated; / Biro-biro kredit, CTOS, Experian, CCRIS atau mana-mana agensi pelaporan kredit di Malaysia untuk menjalankan semakan kredit ke atas anda dan anda bersetuju dengan pendedahan oleh agensi pelaporan kredit untuk mendedahkan laporan kredit anda (seperti yang ditakrifkan di dalam Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010) kepada kami. Anda juga memberi persetujuan kepada mana-mana agensi pelaporan kredit untuk mendedahkan laporan kredit anda kepada kami dan memberi kuasa kepada kami untuk mendapatkan pendedahan laporan kredit anda dari semasa ke semasa berhubung dengan permohonan, pengedaran dan peruntukan produk-produk dan perkhidmatan, walaupun hubungan di antara kami telah terbatal;

h. Agent or contractors as well as debt-collection agencies and/or other parties that assist with debt recovery functions acting on our behalf or appointed by us to act on our behalf; / Agen atau kontraktor dan juga agensi-agensi pengutip hutang dan/atau mana-mana pihak yang memberi bantuan kepada fungsi-fungsi pemulihan hutang yang mewakili kami atau dilantik untuk bertindak bagi pihak kami;

i. Regulatory, government bodies or other authorities if required or authorised to do so to discharge any regulatory function under any law or in relation to any order or judgment of a court; / Pengawalseliaan, badan-badan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa jika diperlukan atau dibenarkan untuk berbuat demikian bagi melaksanakan sebarang fungsi kawal selia di bawah mana-mana undang-undang atau berkaitan dengan mana-mana perintah atau penghakiman mahkamah;

j. To facilitate your request/dealings in respect of the credit facilities, accounts, products and/or services with any institution; / Untuk memudahkan permintaan/urusan berkenaan dengan kemudahan kredit, akaun, produk dan/atau perkhidmatan dengan mana-mana institusi;

k. Parties authorised by you; / Pihak-pihak yang diberi kuasa oleh anda;

l. Identity verification service provider appointed or to be appointed by us to verify customers’ identities and prevent identity fraud; / Pembekal perkhidmatan pengesahan identiti yang dilantik atau akan dilantik oleh kami untuk mengesahkan identiti pelanggan dan mencegah penipuan identiti;

m. Any current or future corporation which may be associated with us including representative and branch offices and their respective representatives; and / Mana-mana perbadanan semasa atau masa hadapan yang mungkin bersekutu dengan kami merangkumi wakil-wakil dan pejabat-pejabat cawangan dan wakil-wakilnya yang berkenaan; dan

n. Any person or corporation to whom we transfer or propose to transfer any part of our interests, obligations, business and/or operations. / Orang persendirian atau perbadanan yang mana kami pindahkan atau bercadang untuk memindahkan mana-mana kepentingan, tanggungjawab, perniagaan dan/atau operasi kami.

2. Your personal data may be stored and transferred to warehouse and / or locations within or outside Malaysia, such as where our information technology storage facilities and servers are located in other jurisdictions. You understand and consent to the transfer of your Personal Data out of Malaysia as described herein. / Data Peribadi anda akan disimpan dan dipindah ke gudang dan / atau lokasi di dalam atau di luar Malaysia seperti di mana kemudahan simpanan teknologi maklumat dan pelayan kami terletak di bidang kuasa lain. Anda memahami dan bersetuju dengan pemindahan Data Peribadi anda keluar dari Malaysia seperti yang diterangkan di sini.

 

I. Reservation of Rights / Pemeliharaan Hak

1. We reserve our rights to vary or amend this Privacy Notice at any time and at our sole and absolute discretion to ensure that this Privacy Notice is consistent with future developments, industry trends and/or any changes in legal and/or regulatory requirements. / Kami berhak untuk mengubah atau meminda Notis Privasi ini pada bila-bila masa di atas budi bicara kami agar Notis Privasi ini selaras dengan perkembangan masa hadapan, industri terkini dan/atau sebarang perubahan dari segi undang-undang dan / atau keperluan kawal selia.

2. This Privacy Notice may be revised from time to time. Notice of such revision along with the updated Privacy Notice will be communicated via our website at yir.com.my and/or other appropriate means of communication as may be determined by us. / Notis Privasi ini mungkin diubah dari semasa ke semasa. Notis Pengubahan bersama Notis Privasi yang dikemaskini akan disampaikan melalui laman web kami di www.yir.com.my dan/atau saluran komunikasi lain yang sesuai yang akan ditentukan oleh kami.

 

J. To Amend and Access Personal Data / Untuk Meminda Dan Mengakses Data Peribadi

1. You have the rights to request for access and/or to amend or make corrections to your personal data at any time hereafter. Such requests for access, deletion and/or correction are to be submitted to us by filing up a form with a prescribed fee charge, if any. We will process your requests as soon as practicable (in any event not later than twenty-one (21) days) upon receipt of your duly completed form and the processing fee, if any. / Anda berhak untuk membuat permintaan bagi mengekses dan/atau meminda atau membuat pembetulan ke atas data peribadi anda pada bila-bila masa. Permintaan untuk mengekses, penghapusan dan/atau pembetulan boleh dihantar kepada kami dengan mengisi borang berserta dengan caj fi yang ditetapkan, jika ada. Kami akan memproses permintaan anda secepat mungkin (dalam apa jua keadaan tidak lewat daripada dua puluh satu (21) hari) selepas menerima borang yang diisi dengan lengkap dan fi pemprosesan, jika ada.

2. We may be required to retain some of your personal data after you have requested deletion, to satisfy our legal or contractual obligations. We may also be permitted by applicable laws to retain some of your personal data to satisfy our business needs / Kami mungkin diperlukan untuk menyimpan sebahagian data peribadi anda setelah anda meminta pemadaman, ini adalah untuk tujuan memenuhi keperluan undang-undang atau kontrak kami. Kami juga dibenarkan oleh undang-undang untuk menyimpan sebahagian data peribadi anda untuk memenuhi keperluan perniagaan kami.

3. If you do not want us to further disclose your personal data to the parties described above for the purposes of cross-selling and/or if you do not want to be contacted by us or the said third parties for the sale or promotion of any products or services, please submit the request to us by post or email to the address provided in Section J of this Privacy Notice. You may also contact us in the event of any inquiries or complaints pertaining to the processing of your personal data, retention and disclosure using the contact details provided in Section J of this Privacy Notice : / Sekiranya anda tidak mahu kami terus mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan di atas bagi tujuan jualan silang dan/atau sekiranya anda tidak mahu dihubungi oleh kami atau pihak-pihak ketiga seperti yang dinyatakan di atas bagi jualan atau promosi untuk sebarang produk atau perkhidmatan sila buat permintaan tersebut kepada kami melalui pos atau emel kepada alamat yang tertera Bahagian J Notis Privasi ini. Anda juga boleh menghubungi kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan pemprosesan, penyimpanan dan pendedahan data peribadi anda dengan menggunakan maklumat perhubungan yang tertera Bahagian J Notis Privasi ini.

4. Subject always to our contractual rights and obligations under the relevant laws and regulation, you may exercise your choice in respect of the disclosure, retention, the use of your personal information. Should you wish to do so, kindly contact us by post or email provided in Section J of this Privacy Notice. / Tertakluk kepada hak kami di bawah kontrak serta dari segi undang-undang yang berkaitan, anda berhak untuk membuat permintaan yang berkaitan dengan pendedahan, penyimpanan dan penggunaan data peribadi anda. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila hubungi kami melalui pos atau emel yang tertera di Bahagaian J Notis Privasi ini.

YAYASAN IHSAN RAKYAT

K. Language / Bahasa

1. This Privacy Notice on the Act is issued in both English and Bahasa Malaysia versions. In the event of inconsistencies between the English and Bahasa Malaysia versions, the English version shall prevail. / Notis Privasi yang selaras dengan Akta dikeluarkan dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya berlaku ketidakseragaman di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris Notis Privasi akan digunapakai.

 

L. Acceptance and Acknowledgment / Penerimaan dan Pengesahan

1. We trust that you read, understand, consent and agree to the terms above mentioned with respect to our processing of your personal information and/or data. / Kami percaya bahawa anda telah membaca, memahami, memberi kebenaran dan bersetuju dengan terma-terma seperti yang tertera di atas berkenaan dengan pemprosesan maklumat peribadi dan/atau data anda.

2. If you do not consent and/or require any further clarification to the above, please do not hesitate to contact us at the above mentioned contact details. / Sekiranya anda tidak memberi kebenaran dan/atau memerlukan sebarang penjelasan lanjut mengenai perkara di atas, sila hubungi kami melalui butir-butir perhubungan seperti yang tertera di atas.

 

ACKNOWLEDGEMENT AND CONSENT / PENGESAHAN DAN PERSETUJUAN

I acknowledge receipt of this Privacy Notice to comply with Personal Data Protection Act 2010 and hereby confirm that I have read and agree to the terms of the Privacy Notice. I further confirm that all personal data that I have provided are all true, up-to date and accurate. Should there be any changes to any of my personal data, I shall notify YIR immediately. / Saya mengesahkan penerimaan Notis Privasi bagi pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ini dan mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami terma-terma tersebut dan dengan ini bersetuju dengan terma-terma dalam Notis Privasi ini. Saya seterusnya mengesahkan bahawa kesemua data peribadi yang saya telah berikan adalah semuanya benar, terkini dan tepat. Sekiranya terdapat apa-apa perubahan pada mana-mana data peribadi saya, saya akan memaklumkan kepada YIR dengan serta merta.