Contents
1. Adakah anda pernah mendengar ‘sepuluh tiga’?
Maksud sepuluh tiga merujuk kepada kadar faedah yang dikenakan oleh Along. Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 3 sen dari setiap 10 sen. Nampak seperti sedikit? Jangan terpedaya. 3 sen dari setiap 10 sen bermaksud 30% kadar faedah sebenar. Kadar faedah yang dikenakan bukan mengikut tahun akan tetapi ianya adalah untuk setiap bulan. Katakan anda ingin meminjam RM1,000, kadar faedah yang dikenakan pulak adalah sebanyak RM300 setiap bulan. Tidak masuk akal!
Jika kadar ‘sepuluh tiga’ tidak membuat anda cukup takut, terdapat juga kadar sepuluh empat dan sepuluh lima, bergantung kepada amaun yang dipinjam dan status kredit peminjam. Tidak mustahil lah kadar faedah yang mengarut ini akan mendatangkan huru hara ke atas hidup peminjam.
2. Anda TIDAK dibenarkan untuk membuat bayaran penuh.
Jika anda fikir anda boleh menyelesaikan hutang dengan Along mudah, anda silap! Baru-baru ini, terdapat berita berkenaan seorang lelaki yang masih diganggu oleh Along walaupun telah membayar sebanyak RM120,000 untuk menjelaskan sebahagian hutangnya. Mengapa boleh jadi sebegini?
Di pendekkan cerita, tidak kisahlah jika anda mempunyai sejumlah wang yang banyak untuk menyelesaikankan hutang sekalipun, kebanyakan Along tidak menerimanya kerana ia tidak membawa sebarang keuntungan kepada mereka. Seperti bank, Along mendapatkan wang dari kadar faedah yang mereka kenakan. Realiti yang anda perlu tahu di mana Along tidak peduli akan kesusahan hidup anda, mereka hanya ingin mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk mendapatkan wang.
3. Barang peribadi anda akan dijadikan wang jaminan
Bagi memastikan anda tidak lari dan sentiasa membayar hutang, Along bertindak mengambil barang peribadi yang penting seperti pasport, kad bank, bahkan kad pengenalan untuk dijadikan wang jaminan atau cagaran. Sebahagian dari kita pasti bertanya, “Bolehkah mereka buat sedemikian?”. Secara undangnya, tidak boleh akan tetapi mereka tidak mengambil kisah dan ini sahaja cara supaya anda sentiasa terikat dengan mereka.
Ini boleh mencetuskan masalah lain dan ada kemungkinan bahawa Along ini akan menyalahgunakan butiran peribadi anda tanpa pengetahuan anda. Sebagai contoh, Along mungkin akan menggunakan maklumat anda untuk memohon pinjaman lain atau menggunakannya untuk sindiket lain seperti kecurian identiti.
4. Terma dan syarat sering berubah
Cara Along melakukan kerjanya lain dari cara bank dan institusi kewangan lain beroperasi. Pelbagai dokumen anda perlu sediakan jika berurusan dengan bank dan institusi kewangan lain. Akan tetapi jika berurusan dengan Along, anda perlu menelefon mereka sahaja dan tandatangan perjanjian tanpa terma dan syarat yang jelas dan terus boleh memperoleh wang! Betul, untuk mendapatkan wang dengan Along sangat mudah, akan tetapi…
Along boleh menukar terma dan syarat perjanjian sesuka hati. Contohnya, mungkin hari ini mereka menawarkan 10% kadar faedah tetapi selepas dua bulan pinjam mereka boleh menukar kepada kadar faedah yang lebih tinggi dan memaksa peminjam untuk percaya bahawa ia termasuk dalam yuran pemprosesan. Bukan itu sahaja, peminjam yang lewat membuat bayaran, Along akan mengecaj anda sebanyak RM500 bagi setiap 30 minit lewat – Ini adalah kisah benar dan ianya bukan rekaan. Jadi, masih ingin meminjam dengan Along?
5. Tidak mampu untuk membayar? Pinjam dengan Along sekali lagi untuk menyelesaikan hutang
Terdapat banyak tipu muslihat yang digunakan oleh Along yang anda mungkin tidak sedar. Jika anda mempunyai alasan tidak mampu bayar hutang, mereka bukan sahaja akan kacau dan ugut secara fizikal dan mental, malah mereka akan memaksa anda untuk membuat pinjaman dengan Along yang lain demi membayar balik hutang mereka.
Kaedah yang Along guna tidak sama seperti kaedah penyatuan hutang dengan bank sebaliknya, anda perlu membayar lebih banyak kadar faedah. Pada penghujung hari, anda akan tenggelam dengan bebanan hutang dengan Along – itu pasti.
Moral cerita: Hanya meminjam wang dari institusi kewangan yang dipercayai
Jangan menjadi mangsa dalam skim pinjaman mudah kerana ia akan memudaratkan anda. Jika anda mahukan kelulusan dari bank, maka anda harus membaca “Apakah Perkara Yang Disemak Oleh Pihak Bank Dalam Aplikasi Pembiayaan Peribadi Anda?” untuk memperbaik peluang kelulusan permohonan pinjaman. Bagi mereka yang mencari tawaran yang sesuai, gunakan alat Perbandingan Pinjaman Peribadi percuma untuk mencari dan membandingkan semua produk yang terbaik untuk anda!
Bagi kakitangan kerajaan dan badan berkanun, mendapat pinjaman peribadi dari bank mungkin sukar disebabkan oleh peraturan yang ketat, tetapi walau apa cara sekalipun anda dinasihatkan agar TIDAK membuat pinjaman dari Along dalam apa jua keadaan. Sebaliknya, anda perlu tahu bahawa terdapat pembiaya kerajaan yang dikenali sebagai YIR yang boleh anda mohon. Anda boleh mendapatkan pembiayaan peribadi sehingga RM150,000 dengan kadar keuntungan serendah 6.50% yang lebih baik daripada kadar purata industri sebanyak 8%. Tambahan pula, proses kelulusan pembiayaan YIR adalah dalam masa 2 hari bekerja dan bersesuaian dengan peminjam yang ingin mendapatkan wang dengan segera.