5 Perkara Yang Anda Harus Elakkan Ketika Inflasi

5 Perkara Yang Anda Harus Elakkan Ketika Inflasi

Artikel daripada As-Sidq

Setakat 29 Ogos, Berita Harian melaporkan kadar inflasi Malaysia melonjak kepada 4.4%. Inflasi Malaysia, yang diukur daripada Indeks Harga Pengguna (IHP), didorong oleh kenaikan harga makanan; demikian menurut Department of Statistics Malaysia (DOSM) dalam statistik Indeks Harga Pengguna, Malaysia Julai 2022 yang diterbitkan bulan lalu.


Menurut laporan dalam DOSM, indeks makanan yang meningkat 6.9% kekal menjadi penyumbang utama kenaikan inflasi pada bulan Julai 2022. Namun begitu, terdapat barangan makanan yang menunjukkan momentum peningkatan yang lebih perlahan berbanding Jun 2022, contohnya sub-kumpulan ikan dan makanan laut (4.2%) dan sayur-sayuran (7.1%).


Selain daripada kumpulan makanan, kesemua kumpulan lain juga terus merekodkan peningkatan kecuali komunikasi yang kekal tidak berubah. Restoran dan Hotel meningkat 5.8% diikuti oleh pengangkutan (5.6%); hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (4.0%) dan perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (3.8%).


Sebagai pengguna, anda mungkin sudah lali dengan nasihat-nasihat yang sering diulang, seperti berjimat-cermat, menyelaraskan semula perbelanjaan dan kewangan, dan yang sewaktu dengannya. Kali ini kami ingin senaraikan pula beberapa perkara yang anda harus elakkan ketika inflasi sedang meningkat:

  1. Mengubahsuai rumah

    • Jika anda bercadang ingin mengubahsuai rumah anda, sebaiknya anda tangguhkan dahulu kerana harga bahan mentah kini lebih tinggi. Ditambah dengan kelembapan rantaian bekalan, ia telah menyebabkan beberapa bekalan bahan mentah untuk bangunan, termasuk kayu, keluli, dan tembaga mencecah paras tertinggi tahun ini.
    • Anda dinasihati untuk tunggu dahulu sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa dan sentiasa mengikuti berita semasa untuk mengetahui kos-kos terkini, termasuklah kos ubah suai rumah.

  2. Melancong

    • Melancong ketika inflasi juga tidak digalakkan, kerana kos-kos percutian anda akan lebih mahal; dari tiket penerbangan sehinggalah kepada hotel, terutamanya untuk destinasi popular, sama ada domestik atau antarabangsa.
    • Jika anda ingin melancong, mungkin membeli pakej atau membuat tempahan melalui beberapa platform pelancongan dengan pelbagai tawaran menarik boleh membantu anda dalam menjimatkan kos percutian. Rancangkan dengan teliti, dan sekiranya boleh, elak daripada melancong ketika musim cuti di mana harga akan mendadak naik.

  3. Menambah hutang baharu

    • Menambah hutang baharu, seperti pinjaman kereta, tidak menjadi masalah sekiranya anda boleh menjana wang yang mencukupi untuk menampung bayaran bulanan dan masih boleh menyimpan untuk persaraan.
    • Tetapi apabila ekonomi berubah menjadi lebih teruk, risiko juga akan meningkat, termasuk risiko anda diberhentikan atau kehilangan pendapatan. Jika itu berlaku, ia boleh menjejaskan keupayaan anda untuk membayar balik hutang anda.
    • Secara ringkasnya, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menambah hutang pada saat ini, fahami bahawa ia boleh merumitkan keadaan kewangan anda jika pendapatan anda merosot. Mengambil hutang baharu ketika kemelesetan ekonomi adalah amat berisiko dan anda harus lebih berhati-hati.

  4. Membuat pelaburan berisiko

    • Petua ini berguna terutamanya untuk para pemilik perniagaan. Walaupun anda harus sentiasa memikirkan masa depan dan cara untuk mengembangkan perniagaan anda, kelembapan ekonomi mungkin bukan masa terbaik untuk membuat pertaruhan berisiko.
    • Sebaiknya tunggu sehingga ekonomi mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang mampan. Elakkan projek pelaburan yang memerlukan anda mengambil hutang baharu yang besar untuk membiayainya.
    • Meminjam untuk menambah ruang atau meningkatkan inventori mungkin kelihatan bagus, kerana kadar faedah berkemungkinan rendah semasa kemelesetan ekonomi. Tetapi jika perniagaan anda menjadi perlahan, seperti yang sering berlaku semasa kemelesetan, anda mungkin tidak dapat membuat pembayaran balik tepat pada masanya.

  5. Menjadi penandatangan bersama (guarantor)
    • Memeterai pinjaman boleh menjadi komitmen yang sangat berisiko dalam masa ekonomi sedang buruk. Jika peminjam tidak membuat pembayaran yang diperlukan, anda sebagai guarantor perlu membuat bayaran tersebut.
    • Semasa kemelesetan ekonomi, risiko yang berkaitan dengan menandatangani bersama hutang adalah lebih tinggi, memandangkan peminjam dan juga penanda bersama mungkin menghadapi kemungkinan besar kehilangan pekerjaan atau melihat penurunan dalam pendapatan perniagaan. Tambahan lagi, menjadi penandatangan bersama berpotensi membuat anda terjebak hutang sepanjang hayat anda. Pertimbangkan cara lain untuk membantu peminjam jika anda boleh.
    • Walau bagaimanapun, anda mungkin tiada pilihan selain menjadi guarantor untuk ahli keluarga kerana keadaan yang mendesak. Dalam kes sedemikian, adalah baik untuk anda mempunyai beberapa simpanan yang diketepikan sebagai wang kecemasan.
    • Selain itu, jika anda tidak mampu menjadi penandatangan bersama, mungkin anda boleh membantu dalam membuat bayaran muka daripada membiarkan diri anda terikat untuk pinjaman yang ditandatangani.

Anda tidak perlu panik ketika kelembapan ekonomi, kerana perkara ini sememangnya tidak akan dapat dielakkan. Tetapi anda harus memberi perhatian lebih kepada perbelanjaan dan berhati-hati dengan mengambil risiko yang tidak perlu.


Walaupun di tengah-tengah kemelesetan ekonomi yang ketara, terdapat banyak langkah positif yang boleh anda ambil untuk memperbaiki keadaan anda dan kalis kemelesetan hidup anda. Ini termasuk menggunakan belanjawan yang realistik, mewujudkan dana kecemasan dan menjana sumber pendapatan tambahan.


Contents

Pembiayaan patuh Syariah yang ditawarkan oleh Yayasan Ihsan Rakyat (YIR)

Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda sebagai penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR).


Pelanggan juga boleh menyemak kelayakan secara PERCUMA serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan yang tinggi. Pendapatan minima RM1,500 sudah layak untuk memohon. Kini, pemohon boleh memohon pembiayaan peribadi-i YIR dengan menggunakan aplikasi ePanta$ yang boleh dimuat turun di Apple App Store https://bit.ly/ePantasADL dan Google Play Store https://bit.ly/ePantasGDL.


Dapatkan pembiayaan peribadi patuh Syariah dengan lebih mudah di sini!

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tinggalkan Balasan