Skor kredit yang buruk boleh menyebabkan permohonan pembiayaan anda ditolak kerana ianya merupakan salah satu kriteria utama bagi menentukan kelayakan anda.
Apakah cara memulihkan skor kredit yang buruk? Adakah anda memerlukan bantuan pembiayaan kewangan? Tahukah anda bahawa permohonan yang berulang dalam jangka masa yang dekat mengurangkan peluang untuk permohonan diluluskan? Lantaran itu, ada baiknya anda ketahui faktor-faktor yang diambil kira semasa menilai sesuatu permohonan. Ini dapat mengelakkan anda membuat permohonan berulang kali.
Terdapat banyak faktor yang dinilai untuk meluluskan sesuatu permohonan pembiayaan yang baharu. Antaranya adalah Nisbah Khidmat Hutang (DSR), profil risiko, penilaian harta, tempoh bekerja, dan skor kredit.
Namun, skor kredit diberikan penekanan yang tinggi kerana ia adalah sistem pemarkahan yang menilai sejarah kewangan anda dan memberi gambaran kepada kemampuan anda untuk membayar balik sesuatu pembiayaan.
Di Malaysia, terdapat tiga agensi utama yang menyediakan laporan kredit yang sering menjadi rujukan institusi kewangan. Tiga agensi tersebut adalah CCRIS (yang diuruskan CBM Bank Negara), CTOS, dan RAMCI.
Contents
Apakah skor kredit yang baik?
Mengikut CTOS, skor kredit yang baik mempunyai markah dalam lingkungan 697 ke 850. Apabila skor kredit anda adalah baik, peluang anda adalah lebih tinggi untuk perkara-perkara berikut:
- Pembiayaan diluluskan dengan cepat
- Diberikan keuntungan (faedah) yang lebih rendah
Anda boleh mengetahui status kredit anda melalui laman sesawang seperti di sini.
Bagaimanakah skor kredit dikira?
Berdasarkan maklumat dari CCRIS dan pangkalan data CTOS,skor kredit dipengaruhi oleh lima faktor berikut:
- Rekod pembayaran (45%)
- Sama ada anda sentiasa membuat bayaran pinjaman pada masanya, atau jika anda pernah terlepas bayaran.
- Jumlah hutang (20%)
- Jumlah fasiliti kredit dan jumlah yang dihutang dengan institusi kewangan.
- Jenis-jenis kredit (14%)
- Jenis-jenis kad kredit dan pinjaman yang anda ada – dijamin (pinjaman rumah dan kereta) vs yang tidak dijamin (kad kredit, pinjaman peribadi).
- Kredit baru (14%)
- Sama ada anda diluluskan untuk fasiliti kredit baru-baru ini.
- Jangka masa rekod kredit (7%)
- Tempoh hayat fasiliti kredit yang ada (kad kredit atau pinjaman).
6 cara memulihkan skor kredit yang buruk
Sekiranya rekod kredit anda ketika ini adalah buruk, anda dinasihatkan mengikut cara memulihkan skor kredit seperti berikut:
- Buat pembayaran mengikut tempoh yang ditetapkan
- Anda perlu membayar semua hutang dan bil dalam tempoh yang ditetapkan. Jangan terlewat atau terlepas membuat sebarang pembayaran. Pembayaran lewat akan dipaparkan pada laporan CCRIS anda kerana BNM mengumpul sejarah peminjaman dan pembayaran balik anda daripada bank yang mengambil bahagian.
- Rekod tunggakan akan kekal dalam rekod CCRIS anda selama 12 bulan dan dalam CTOS selama 24 bulan. Itulah tempoh masa yang diperlukan untuk memulihkan rekod CCRIS dan CTOS anda.
- Kurangkan jumlah hutang yang ada
- Perlu diingat, 20% daripada skor kredit anda adalah berdasarkan jumlah hutang anda yang sedia ada. Hutang tidak terhad kepada hutang institusi kewangan sahaja. Sesetengah syarikat yang menyediakan perkhidmatan seperti telekomunikasi dan utiliti juga akan melaporkan kepada CTOS sekiranya anda gagal membayar bil anda. Ini adalah cara memulihkan skor kredit yang buruk.
- Mempunyai fasiliti kredit
- Fasiliti kredit seperti kad kredit dan pinjaman yang lain seperti pinjaman perumahan atau kereta menunjukkan kepada institusi kewangan kemampuan anda untuk membuat pembayaran.
- Pastikan perbelanjaan dalam had kredit
- Walaupun anda digalakkan untuk mempunyai kad kredit, ia tidak bermakna anda boleh berbelanja sesuka hati. Sekiranya anda mempunyai kemudahan tersebut dan membuat perbelanjaan yang berhemah, ia akan membantu jangka masa kredit anda.
- Tidak membuat permohonan pembiayaan dengan kerap
- Permohonan pembiayaan yang berulang dalam tempoh yang dekat akan mengurangkan peluang untuk permohonan anda diluluskan. Sekiranya sebarang permohonan anda ditolak, penolakan tersebut akan kekal dalam rekod dalaman bank selama sekurang-kurangnya 6 hingga 12 bulan. Anda dinasihatkan supaya menunggu beberapa bulan atau setahun lagi sebelum membuat permohonan yang baru.
- Buat penyatuan hutang (debt consolidation)
- Penyatuan hutang adalah pembiayaan baharu dengan terma-terma yang lebih menguntungkan. Ia membolehkan anda membayar sebarang hutang lama dan anda juga mempunyai duit poket lebih yang boleh digunakan untuk tujuan lain.
Masih memerlukan wang segera? Anda masih boleh memohon pembiayaan dengan skor kredit buruk!
Mencari cara memulihkan skor kredit yang buruk? Sekiranya anda mempunyai rekod kredit yang buruk tetapi masih memerlukan wang dengan segera, anda boleh memohon Pembiayaan Peribadi-I Yayasan Ihsan Rakyat (YIR). Di antara ciri-ciri pembiayaan kewangan patuh shariah ini adalah:
- Jumlah pembiayaan yang tinggi: Di antara RM3,000 hingga RM250,000
- Tempoh pembiayaan yang panjang: Di antara 1 hingga 10 tahun
- Kadar Keuntungan yang rendah (Kadar Tetap): Serendah 6.66% setahun
- Pengeluaran pembiayaan yang cepat
- Kaedah pembayaran yang mudah: Potongan gaji melalui potongan gaji bulanan atau kemudahan Direct Debit (arahan tetap)
Kelayakan untuk memohon pula adalah seperti berikut:
- Nisbah Khidmat Hutang/DSR: Kurang daripada 60% gaji kasar
- Syarat Umur: 20 – 58 tahun
- Pendapatan Bulanan Minima: RM1,500 gaji kasar sebulan
- Pekerjaan: Pekerja Tetap Kerajaan, GLC atau Polis sahaja.
Mohon dengan mudah dan pantas secara dalam talian!
Rebut segera peluang ini! Mohon Pembiayaan Peribadi-I Yayasan Ihsan Rakyat di sini. Ini adalah cara memulihkan skor kredit yang buruk dengan lebih efisien.
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR)
Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda sebagai penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR).
Pelanggan juga boleh menyemak kelayakan secara PERCUMA serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan yang tinggi. Pendapatan minima RM1,500 sudah layak untuk memohon. Kini, pemohon boleh memohon pembiayaan peribadi-i YIR dengan menggunakan aplikasi ePanta$ yang boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store .
Dapatkan pembiayaan peribadi Islam dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Shariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan serta butiran peribadi anda. Sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih daripada satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!