Malaysia merupakan sebuah negara di mana rakyatnya berpeluang meraikan pelbagai perayaan berlainan yang disambut oleh pelbagai kaum dan kepercayaan. Perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali dan Tahun Baru Cina adalah musim perayaan yang paling meriah.
Rata-rata pusat membeli-belah atau peruncit dalam talian juga akan menawarkan produk atau perkhidmatan mereka kepada pengguna pada harga runtuh sempena perayaan. Sama ada kupon penghantaran dan pemasangan percuma, diskaun besar-besaran, atau beli satu percuma satu; perbelanjaan di kalangan pengguna Malaysia didapati meningkat semasa musim perayaan, lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet (menurut kajian Deloitte).
Walaupun terdapat banyak tawaran istimewa ketika musim perayaan, ramai juga di kalangan pengguna Malaysia yang terjebak dalam berbelanja melebihi keperluan. Saiz keluarga juga boleh menyebabkan peningkatan perbelanjaan terutamanya apabila ibu bapa cuba untuk memuaskan hati setiap ahli keluarga, contohnya seperti membeli pakaian baru untuk semua orang.
Dalam tempoh ini, anda perlu menyusun perbelanjaan harian anda dan juga perbelanjaan perayaan anda. Tanpa belanjawan tambahan untuk dibelanjakan, semua pembelian yang anda buat dalam tempoh ini boleh menjejaskan kewangan biasa anda serta simpanan anda.
Menyelesaikan masalah berbelanja berlebihan semasa musim perayaan tidak semudah yang disangka, namun ianya juga tidak mustahil. Anda haruslah merancang dengan teliti perbelanjaan kerana apabila perayaan berakhir, masih ada bil-bil bulanan dan pembayaran balik pinjaman yang perlu diselesaikan.
Jadi, bagaimanakah anda memastikan agar sentiasa berjimat-cermat ketika berbelanja di musim perayaan di mana perbelanjaan anda boleh berlipat ganda? Berikut ialah enam tips mudah yang disarankan untuk rakyat Malaysia demi membantu anda untuk berjimat dalam menguruskan perbelanjaan di musim perayaan:
- Tepuk dada, tanya selera (dan kemampuan)
- Musim perayaan ialah waktu terbaik untuk menghias rumah dan menggantikan segala perabot atau peralatan rumah yang sudah uzur atau rosak. Namun, barangan rumah seperti ini tidak murah, walaupun dengan adanya diskaun.
- Sebelum anda membeli sesuatu barang yang mahal harganya, pastikan anda benar-benar memerlukannya dan mampu membayar balik jika membayar secara ansuran. Kebiasaanya, rakyat Malaysia khususnya penjawat awam akan menerima bonus pada musim perayaan, jadi anda perlulah berbelanja secara berhemah. Anda juga haruslah menilai semula keutamaan anda dan mempertimbangkan sama ada pembelian ini berdasarkan keperluan sebenar anda atau sekadar kehendak nafsu sahaja.
- Kos untuk naik taraf keadaan rumah lazimnya sangat tinggi dan boleh menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk merampung kos tersebut. Sebagai contoh, yuran penyelenggaraan untuk perkakas elektrik, mengecat semula rumah dan lain-lain.
- Jika ianya merupakan perbelanjaan yang menyukarkan anda untuk menghapuskan hutang-hutang kecil atau menghalang anda daripada membina dana simpanan anda, anda boleh membuat perancangan yang teliti untuk dahulukan barangan yang penting.
- Elak membeli-belah pada saat-saat akhir di musim perayaan
- Anda tak perlu tunggu sehingga jualan istimewa sempena musim perayaan untuk menikmati tawaran-tawaran yang hebat. Terdapat pelbagai jenis jualan besar-besaran yang berlaku sepanjang tahun. Manfaatkan jualan ini untuk beli segala keperluan dengan awal, terutamanya untuk bahan yang tidak mudah rosak. Anda juga tidak akan merasa tertekan apabila membeli-belah.
- Masak sendiri juadah perayaan di rumah
- Sebagai pengguna, anda mestinya sudah lali dengan tabiat sebilangan penjual yang suka menaikkan harga barang setiap kali musim perayaan, terutamanya untuk barangan basah seperti ayam dan daging. Untuk lebih penjimatan, anda boleh cuba menyediakan juadah perayaan di rumah jika boleh mengurangkan kos perbelanjaan.
- Membuat majlis perayaan ala potluck juga boleh memudahkan dan menjimatkan. Anda boleh meminta ahli keluarga dan sanak-saudara yang bakal bertandang ke rumah untuk bawa satu jenis juadah yang boleh dinikmati beramai-ramai.
- Gunakan wang tunai untuk pembelian di tempat-tempat tertentu
- Walaupun pembayaran tanpa tunai amat memudahkan, kadang-kala wang tunai lebih memanfaatkan di tempat-tempat tertentu; dan anda juga boleh menjejaki perbelanjaan anda dengan senang. Selain itu, anda juga boleh memantau aliran wang tunai anda. Hal ini juga boleh membantu dalam menentukan berapa banyak wang yang anda perlu belanjakan.
- Rancang perjalanan balik kampung dengan teliti
- Perjalanan pulang ke kampung halaman ketika musim perayaan boleh menelan kos yang tinggi jika tiada perancangan yang teliti, terutamanya untuk keluarga besar. Ditambah lagi dengan tambang perjalanan yang boleh meningkat secara mengejut. Jika boleh, cuba rancang perjalanan semasa bukan waktu puncak.
- Untuk perantauan yang belum berkahwin, anda boleh berkongsi kereta (carpool) untuk jimat kos minyak dan tambang tol. Jika anda tiada kenalan yang boleh carpool bersama, anda boleh muat turun beberapa aplikasi seperti e-hailing untuk menumpang kereta dengan selamat dan jimat. Jika anda menaiki kenderaan awam seperti bas, pastikan anda beli tiket seawal yang mungkin kerana lebih awal lebih murah harganya.
- Beli barangan secara pukal
- Jika anda mempunyai keahlian pasaraya pukal, ia boleh menjimatkan lagi kos untuk membeli barangan keperluan sempena sambutan perayaan seperti pinggan, kertas dan sudu plastik, terutamanya jika anda bakal menganjurkan rumah terbuka.
- Sebelum anda membeli, cuba tanya rakan-rakan atau ahli keluarga yang berminat untuk membeli barangan yang sama. Dengan membeli secara pukal, perbelanjaan anda akan lebih jimat dan lebihan wang boleh dibelanjakan pada hal-hal yang lain.
Adakah anda seorang pengguna yang sering membuat senarai barangan yang ingin dibeli setiap kali keluar membeli-belah? Meskipun cara ini bagus dan sangat digalakkan (agar tidak boros berbelanja), anda juga boleh memuat turun aplikasi pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang ada bagi memudahkan lagi anda dalam menguruskan perbelanjaan di musim perayaan dan juga pada waktu-waktu lain. Selain itu, anda juga boleh kunjungi pusat sumber Bank Negara atau AKPK untuk mendapatkan booklet percuma bagi menguruskan perbelanjaan dengan lebih berhemat.
Contents
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat: Pembiayaan patuh syariah untuk anda!
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) adalah sebuah pembiayaan patuh syariah khusus buat pekerja berstatus tetap (atau kontrak KEMAS) Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajan/Badan Berkanun terpilih, GLC atau Polis. Pendapatan minima untuk memohon pula hanya RM1,500 sebulan (termasuk elaun).
Selain kelulusan yang mudah dan pantas, Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) mempunyai ciri-ciri berikut:
- Pengeluaran pembiayaan 24 jam
- Jumlah pembiayaan: RM3,000 – RM250,000
- Kadar keuntungan: Serendah 6.66%
- Konsep syariah yang diguna: Tawarruq (Komoditi Murabahah)
- Pendapatan minimum serendah RM1,500/bulan
- Tiada yuran guaman
Anda juga tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran. Dokumen yang diperlukan juga adalah mudah iaitu:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini
- Surat pengesahan jawatan
- Salinan penyata/buku akaun simpanan