Ingin mengubah suai rumah, memulakan perniagaan, atau membayar bil kad kredit? Anda mungkin sedang merancang untuk memohon pembiayaan peribadi.
Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak berapa pasti apakah ia sebenarnya. Terdapat banyak soalan yang bermain di minda anda: Apakah jumlah maksimum yang boleh didapati? Apakah tempoh bayaran balik? Adakah bank atau institusi kewangan memerlukan sebarang cagaran? Sila baca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Apakah maksud pinjaman peribadi sebenarnya?
Pembiayaan peribadi bermaksud dimana anda boleh meminjam sejumlah wang tetap dari institusi kewangan bagi pelbagai tujuan dan terma bayaran balik yang dipersetujui lengkap dengan faedah.
Anda mungkin berfikir, “Ia seperti lain-lain pinjaman kewangan di luar sana”. Tapi sebenarnya ia tidak sama. Jika anda melihat dengan lebih teliti terhadap butiran pembiayaan peribadi, ia sebenarnya mengambarkan sebaliknya.
Sebagai permulaan, pembiayaan peribadi selalunya dalam jumlah yang kecil atau sederhana, jika ingin dibandingkan dengan pinjaman perumahan. Pinjaman perumahan adalah ditetapkan pada peratusan yang tertentu berdasarkan harga belian rumah, manakala pembiayaan peribadi adalah tidak tetap iaitu dari RM2,000 hingga RM250,000.
Kedua, anda tidak perlu menyediakan berbagai-bagai dokumen sebagai sokongan semasa anda memohon pembiayaan peribadi, dan tidak memerlukan sebarang cagaran sebagai jaminan. Cukup sekadar menyediakan set dokumen permohonan lengkap dan bukti yang anda mampu membayar balik pembiayaan tersebut.
Ketiga, rakyat Malaysia boleh memilih di antara pembiayaan peribadi konvensional atau patuh shariah. Bayaran balik dengan caj kadar faedah akan ada untuk pembiayaan peribadi konvensional, tetapi pembiayaan peribadi shariah melibatkan pemberi pembiayaan membeli komoditi bagi pihak anda sebelum anda membayar kembali semula untuk komoditi tersebut mengikut jangka masa dengan kadar keuntungan yang ditetapkan. Tambahan pula, terdapat pembiayaan peribadi di Malaysia mensasarkan kepada mereka yang berkhidmat dengan kerajaan, badan berkanun mahupun syarikat berkaitan kerajaan.
Keempat, terdapat kadar faedah dan keuntungan di dalam pembiayaan peribadi. Konsep pembiayaan konvensional mahupun shariah mempunyai kadar faedah atau keuntungan yang tetap dan terapung. Kadar tetap bermaksud kadar tersebut adalah berjumlah tetap sepanjang tempoh pembiayaan anda, dan ia dikira berdasarkan jumlah awal pembiayaan manakala kadar terapung selalunya akan berubah-ubah berlandaskan keadaan pasaran sehingga tamat tempoh pembiayaan.
Ciri kelima di dalam pembiayaan peribadi? Keupayaan untuk membayar balik mengikut kesesuaian anda. Apabila memohon pembiayan peribadi, anda diminta untuk memilih tempoh bayaran balik – minimum 1 tahun hinggalah maksimum 10 tahun – yang mengikut kesesuaian kemampuan kewangan untuk jangka masa yang terdekat.
Secara keseluruhannya, pembiayaan peribadi adalah penambahbaikan kecil kewangan yang boleh diperolehi untuk tujuan peribadi, dan selagi anda mampu untuk membayar balik dan menepati terma bayaran balik, anda tidak perlu bimbang untuk hal-hal lain. Sama jugalah bagi pembiayaan peribadi patuh shariah yang menghendaki anda mematuhi shariah secara penuh.
Yang paling penting, ingatlah bahawa pembiayaan peribadi ialah berkenaan bagaimana anda memilih untuk menggunakan duit anda – dan selagi anda sedar tentang produk atau tabiat yang anda mampu pilih, anda telah kehadapan dalam pengurusan dana peribadi anda secara berhemah dan kelak akan memberi kemudahan.