Yayasan Ihsan Rakyat (“YIR”) bersama Pertubuhan Gabungan Gerakan Prihatin Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (“PPR”) Kampung Muhibbah telah menjayakan penyerahan sumbangan pek makanan kepada seramai 100 penduduk PPR pada 18hb Julai 2021 bersempena dengan sambutan Aildiladha.
Ketua Pegawai Eksekutif YIR, Datuk Hajjah Rozzanamoon Binti Dato Hj.Rahmat berkata pasukan mereka, MY#INFAQIHSAN memberi sumbangan pek makanan yang terdiri daripada ketupat segera, ayam segar, makanan untuk juadah berbuka puasa serta pemberian bantuan wang tunai, sebagai meringankan beban dalam persiapan menyambut Aidiladha di pandemik COVID-19.
“YIR sentiasa komited bekerjasama dengan NGO yang aktif bergerak dan mengenal pasti mereka yang memerlukan bersama persatuan penduduk yang terlibat bagi menjayakan sesuatu program bantuan kepada masyarakat. Kami sebagai penyumbang, tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan bangsa. Kami berasa bersyukur dapat menyampaikan infaq kami.” ujarnya selepas majlis penyampaian bantuan di Bukit Jalil pada hari Ahad.
YIR akan terus berusaha untuk membantu masyarakat setempat yang terkesan dengan pandemik global ini.