CCRIS, CTOS dan Pembiayaan: Apa Anda Perlu Tahu

CCRIS, CTOS dan Pembiayaan: Apa Anda Perlu Tahu

Artikel daripada As-Sidq

Sekiranya anda ingin memohon pembiayaan, anda dinasihatkan untuk mempelajari mengenai CCRIS dan CTOS terlebih dahulu.

Kita sering mendengar mengenai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kekerasan ceti haram atau ah long. Anda juga mungkin pernah membaca mengenai scam pinjaman kewangan yang mengakibatkan pemohon kerugian ribuan ringgit.

Namun, pernahkah anda terfikir mengapa masih ramai dalam kalangan masyarakat yang memohon bantuan kewangan seperti tersebut?

Antara puncanya adalah permohonan mereka untuk mendapatkan pinjaman atau pembiayaan daripada bank dan institusi kewangan ditolak. Oleh demikian, sekiranya anda ingin membuat permohonan, adalah wajar anda mengetahui apakah kriteria yang digunakan untuk menilai sesuatu permohonan pembiayaan, terutamanya perihal CCRIS dan CTOS. Ini akan menaikkan peluang untuk permohonan anda diluluskan.

Contents

Bagaimanakah institusi kewangan menilai sesuatu permohonan pembiayaan?

Walaupun setiap institusi kewangan sama ada bank, koperasi mahu pun komuniti kredit mempunyai kriteria tersendiri dalam menilai sesuatu permohonan pembiayaan, mereka biasanya akan merujuk kepada perkara-perkara berikut:

  • Nisbah khidmat hutang
  • Profil risiko
  • Penilaian harta
  • Tempoh bekerja
  • Skor kredit

Maklumat mengenai empat kriteria pertama di atas boleh diperoleh terus daripada anda. Skor kredit pula adalah laporan kewangan yang perlu dirujuk kepada pihak luar. Di Malaysia, terdapat tiga agensi utama yang menyediakan laporan kredit yang sering menjadi rujukan institusi kewangan. Tiga agensi tersebut adalah CCRIS (yang diuruskan CBM Bank Negara), CTOS, dan RAMCI. Kami akan menumpukan kepada dua agensi yang utama iaitu CCRIS dan CTOS.

Apa itu CCRIS?

CCRIS merujuk kepada Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit. Ia adalah laporan kredit yang dicipta dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM). Memandangkan BNM merupakan bank pusat negara ini, kesemua institusi kewangan di Malaysia dikehendaki untuk mengemukakan amalan kredit pelanggan mereka, termasuk sebarang permohonan, kepada CCRIS.

CCRIS memaparkan rekod kewangan pemohon untuk 12 bulan yang terakhir. Ini merangkumi:

  • Pinjaman terkumpul
  • Akaun perhatian khas
  • Permohonan pinjaman atau kemudahan kredit yang baharu

Bolehkah anda mendapatkan laporan CCRIS sendiri?

Ya, anda boleh berbuat sedemikian. Anda boleh mendapatkan laporan CCRIS melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Kiosk Bank Negara Malaysia
  2. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
  3. eCCRIS Bank Negara Malaysia
  4. RAM Credit Info (RAMCI)
  5. Laman web CTOS

Apa pula CTOS?

Seperti CCRIS, CTOS juga merupakan laporan kredit yang dirujuk oleh institusi kewangan. Namun, tidak seperti CCRIS, CTOS merupakan sebuah syarikat swasta. Ia mengumpulkan maklumat mengenai individu dan syarikat-syarikat. Maklumat tersebut diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuklah:

  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar, dan warta kerajaan
  • Notis undang-undang dalam akhbar
  • Carian di pendaftar pertubuhan
  • Maklumat hubungan yang disediakan oleh pemiutang, litigator atau penyokong perdagangan
  • Maklumat sukarela yang diberikan oleh subjek sendiri

Memandangkan sumber maklumat adalah pelbagai, maklumat yang disertakan di dalam laporan kredit CTOS juga adalah pelbagai. Ini termasuklah:

  • Pengesahan identiti
  • Senarai dalaman atau pendedahan kumpulan
  • Jawatan pengarah dan kepentingan perniagaan
  • Sebarang tindakan undang-undang

Bolehkah anda mendapatkan sendiri laporan CTOS?

Ya, laporan CTOS juga boleh didapati sendiri melalui laman sesawang CTOS dengan bayaran sebanyak RM24.85.

Apa beza CCRIS dan CTOS?

Ciri-ciriCCRISCTOS
Dikendalikan OlehBank Negara MalaysiaSyarikat swasta, iaitu CTOS Data System Sdn Bhd
Jenis MaklumatMaklumat dikumpul daripada institusi kewangan di Malaysia, seperti:
-Senarai tunggakan pinjaman
-Hutang-hutang di bawah pemerhatian bank
-Permohonan pinjaman yang sedang diproses  
Maklumat dikumpul daripada sumber-sumber awam, seperti:
-Maklumat muflis /  bankrap
-Tindakan undang-undang
-Tunggakan bil
-Maklumat perniagaan
TujuanMengawasi corak pinjaman andaRekod keadaan skor kredit anda
AksesCetak laporan di kiosk cawangan Bank Negara atau mohon secara emelMohon atas talian – www.ctoscredit.com.my (Caj kredit RM25 dikenakan)
Tempoh Simpanan RekodMaklumat kredit peminjam dalam tempoh 12 bulan terakhir sahajaMaklumat kekal selamanya dan menjadi  sumber arkib

Perlu diingat, institusi kewangan biasanya merujuk kepada kedua-dua laporan kredit berkenaan. Sekiranya anda sudah mengetahui skor kredit anda, anda boleh menilai dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menaikkan skor tersebut.

Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR): Pembiayaan syariah untuk anda!

Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) adalah sebuah pembiayaan syariah khusus buat pekerja tetap (atau kontrak KEMAS) Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan/Badan Berkanun terpilih, GLC atau Polis. Pendapatan minima untuk memohon pula hanya RM1,500 sebulan (termasuk elaun).

Selain kelulusan yang mudah dan cepat, Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Jumlah pembiayaan: RM2,500 – RM200,000
  • Tempoh pembiayaan: 1 tahun – 10 tahun
  • Kadar keuntungan: Serendah 6.66% setahun
  • Konsep syariah yang Diguna: Tawarruq (Komoditi Murabahah)
  • Pengeluaran pembiayaan 24 jam
  • Tiada yuran guaman

Anda juga tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran. Dokumen yang diperlukan juga adalah mudah iaitu:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini
  • Surat Pengesahan Jawatan
  • Salinan Penyata/Buku Akaun Simpanan

Dapatkan pembiayaan peribadi syariah dengan lebih mudah di sini!

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tinggalkan Balasan