Setiap kali berlakunya perubahan pada kadar OPR, pastinya anda sebagai pihak pelanggan akan tertanya-tanya, apakah kesan kenaikan OPR kepada pembiayaan anda. Adakah ansuran bulanan akan bertambah atau masih kekal sama?
Sekiranya anda masih keliru, jangan bimbang, dalam artikel ini kami akan kongsikan kesan-kesan kenaikan OPR terhadap pembiayaan anda.
Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom kita fahami dahulu definisi sebenar OPR.
Contents
Definisi OPR
OPR (Overnight Policy Rate) atau Kadar Dasar Semalaman merupakan, penanda aras untuk menentukan kadar faedah bagi dasar monetori Malaysia yang ditetapkan oleh bank pusat iaitu Bank Negara Malaysia (BNM).
Secara ringkasnya, OPR menjejaskan kadar faedah secara langsung bagi pinjaman-pinjaman boleh ubah yang diambil dengan institusi kewangan atau pihak bank. Kadar ini boleh naik dan turun bergantung kepada pengumuman daripada BNM.
Konsep OPR
Sebenarnya, konsep OPR tidak melibatkan peminjam individu sahaja, malah juga akan melibatkan institusi kewangan atau bank. Hal ini kerana kadar faedah antara bank dengan bank turut mengambil kira kadar semasa OPR.
Mengapa perubahan OPR berlaku?
Pasti anda tertanya-tanya, mengapa perubahan OPR berlaku dari semasa ke semasa? Sebenarnya, perubahan OPR ini akan berlaku mengikut penilaian daripada pihak BNM.
Ekonomi bergerak melalui aktiviti jual dan beli. Siapa yang membeli? Sudah tentulah masyarakat sendiri yang mempunyai kuasa membeli. OPR yang tinggi memang membuka risiko inflasi yang lebih tinggi.
Analoginya, apabila inflasi tinggi maka bank pusat serta-merta menaikkan kadar faedah. Akibatnya, permintaan mata wang naik mendadak kerana kadar faedah yang lebih tinggi menarik pelabur asing sehingga menyebabkan peningkatan kadar tukarannya. Nilai ringgit akan lemah dan jatuh terus-terusan.
Baru baru ini, BNM telah menaikkan kadar OPR sebanyak 25 mata asas lagi kepada 2.50%. Pelarasan kadar OPR ini merupakan kali ketiga yang berturut-turut pada tahun ini dan dijangka akan naik lagi.
Kami kongsikan beberapa jadual dan gambar rajah tentang bagaimana perubahan OPR berlaku sepanjang tahun ini.
Tarikh | Perubahan OPR (%) | Aras OPR Baharu (%) |
08 Sep 2022 | +0.25 | 2.50 |
06 Jul 2022 | +0.25 | 2.25 |
11 Mei 2022 | +0.25 | 2.00 |
03 Mac 2022 | 0 | 1.75 |
20 Jan 2022 | 0 | 1.75 |
Sumber: BNM
Sumber: TRADING ECONOMICS
Kesan Kenaikan OPR kepada pembiayaan
1. Kenaikan Bayaran Ansuran Bulanan
Apabila OPR meningkat, pembiayaan dengan kadar terapung akan menjejaskan ansuran bulanan secara langsung. Ansuran bulanan akan meningkat dan ansuran bulanan baru yang lebih tinggi perlu dibayar.
Contoh: Pengiraan ansuran bulanan pembiayaan peribadi kadar terapung sebelum dan selepas kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas.
Jumlah Pembiayaan | Ansuran Bulanan Dengan Kadar 4.84% | Ansuran Bulanan Dengan Kadar 5.09% | Peningkatan Ansuran Bulanan |
RM 50,000.00 | RM 526.43 | RM 532.53 | RM 6.10 |
*Pengiraan adalah berdasarkan pembiayaan selama 10 tahun kadar faedah sebanyak 4.84 dan kenaikan OPR 25 mata asas menjadikan kadar faedah naik kepada 5.09%.
2. Tempoh Bayaran Balik Yang Lebih Lama
Kebanyakan institusi perbankan menawarkan pilihan jika terdapat pelarasan untuk Kadar Pembiayaan Asas atau Base Financing Rate (BFR) kepada pelanggan. Pelanggan boleh memilih untuk mengekalkan jumlah ansuran bulanan pada kadar pembayaran yang lebih panjang atau meningkatkan jumlah ansuran bulanan untuk tempoh pembiayaan yang sama.
Anda perlu membuat pengiraan sama ada kadar pembayaran balik masih dalam kemampuan jika ingin mengekalkan tempoh pembiayaan yang sama. Anda juga dinasihatkan untuk membuat pengiraan pembayaran balik pembiayaan sekiranya kadar pembiayaan efektif meningkat pada masa hadapan.
3. Kadar Tetap (fixed rate) vs Kadar Terapung (floating rate)
Kadar tetap (fixed rate) ialah kadar faedah yang tidak berubah sepanjang tempoh pembiayaan. Faedah akan dikira berdasarkan baki pembiayaan semasa. Melalui kadar tetap, peminjam sedia maklum akan jumlah bayaran ansuran bulanan yang tepat. Kadar Terapung (floating rate) pula ialah kadar yang boleh berubah sepanjang tempoh pembiayaan. Kadar tersebut dikira berdasarkan baki pembiayaan semasa berdasarkan kadar pembiayaan asas atau kadar pembiayaan asas.
Seterusnya, bagi memahami tentang kesan kenaikan OPR terhadap pembiayaan fahami dulu jenis pembiayaan yang anda mohon. Bagi memudahkan anda, kita lihat perbandingan antara pembiayaan kadar tetap (fixed rate) dan juga kadar terapung (floating rate).
Jenis Pembiayaan | Fixed Rate atau Kadar Tetap | Floating Rate atau Kadar Terapung |
Perubahan bayaran ansuran bulanan | Tidak akan berubah sepanjang tempoh pembiayaan | Akan berubah mengikut OPR |
Dipengaruhi oleh OPR atau tidak | Tidak | Ya |
Kelebihan | Peminjam hanya perlu membayar ansuran bulanan yang sama setiap bulan sehingga tamat tempoh pembiayaan | Sekiranya kadar OPR turun, bayaran ansuran bulanan juga akan berkurang |
Kebanyakan pembiayaan melalui institusi perbankan menggunakan kadar terapung yang lebih menguntungkan peminjam jika kadar OPR menurun namun kadar bayaran meningkat tatkala kadar OPR meningkat. Namun begitu, pada 8 September 2022, BNM telah meningkatkan kadar OPR untuk kali ketiga dalam tahun yang sama. Sebagai contoh, peningkatan OPR sebanyak 0.25% pada pembiayaan perumahan RM500,000 bagi 30 tahun tempoh pembiayaan akan mengalami peningkatan ansuran bulanan sebanyak RM71.
Oleh itu, jangan lupa untuk menyemak semula jenis pembiayaan anda untuk memastikan adakah anda akan terkesan sekiranya berlaku kenaikan OPR ini pada masa akan datang.
Bagaimana untuk mengurangkan ansuran bulanan yang sedia ada dengan pembiayaan peribadi?
Sekiranya ansuran bulanan yang sedia ada terjejas dan meningkat disebabkan OPR, nilai kembali kemampuan kewangan anda.
Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan menyatukan hutang serta membayar ansuran bulanan yang lebih rendah dengan membuat pembiayaan peribadi.
Walaupun begitu, ia perlu dilakukan dengan membuat pengiraan yang terperinci, bagi memastikan ansuran bulanan pembiayaan peribadi baru yang akan dibayar mampu mengurangkan komitmen bulanan anda sebelum ini.
Tawaran pembiayaan peribadi terbaik dari Yayasan Ihsan Rakyat (YIR)
Sekiranya anda tidak ingin pembiayaan peribadi anda terjejas oleh kenaikan kadar OPR, cara yang terbaik ialah mendapatkan jenis pembiayaan dengan kadar tetap.
YIR menawarkan pembiayaan peribadi kepada kakitangan kerajaan dengan kadar keuntungan tetap yang berpatutan. Oleh itu, bayaran ansuran bulanan tidak akan terjejas meskipun terdapat kenaikan OPR. Bukan itu sahaja, ia juga 100% patuh shariah dengan jumlah dan tempoh pembiayaan yang fleksibel.
YIR juga memberikan kelebihan kepada pengguna dengan kadar keuntungan serendah 6.66% dan had pembiayaan sehingga RM250,000.
Selain itu, kini boleh memohon pembiayaan peribadi YIR dengan menggunakan sistem aplikasi ePanta$ yang boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store . Sila layari laman sesawang rasmi YIR di .