Mungkin sukar untuk dipercayai tetapi anda sebenarnya boleh mengurangkan hutang sedia ada dengan cara membuat hutang yang baharu. Malahan, pakar-pakar kewangan memperakui keberkesanan teknik penyatuan hutang!
Kehidupan norma baharu yang sudah melangkaui tempoh setahun sememangnya membimbangkan banyak pihak. Malahan, sebelum situasi ini bermula lagi, terdapat beberapa berita yang membimbangkan daripada sudut kewangan dan hutang rakyat tempatan.
Pada penghujung 2018 yang lalu, tahap hutang isi rumah di Malaysia sudah pun berada pada kadar 83.2%. Lebih membimbangkan, setakat bulan Ogos 2019 sahaja, seramai 300,908 rakyat Malaysia telah diisytiharkan sebagai muflis.
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengurangkan kemelesetan ekonomi akibat daripada pandemik Covid-19, masih ramai yang terkesan dari sudut kewangan. Malahan, keadaan bertambah buruk apabila moratorium bersasar telah tamat.
Contents
Teknik apakah yang berkesan untuk mengurangkan beban hutang anda?
Terdapat cara cara menguruskan kewangan individu yang boleh anda gunakan untuk menyelesaikan hutang yang sedia ada. Bagaimanapun, pakar-pakar kewangan sering menyarankan tiga teknik berikut:
1. Strategi Bebola Salji (Snowball)
Kaedah ini mendapat nama kerana menyerupai fitrah bebola salji yang sedang bergerak. Ia akan bermula dengan saiz yang agak kecil tetapi menjadi semakin besar apabila ia bergerak menuruni curam.
Begitulah juga keadaannya dengan strategi pembayaran hutang di sini. Anda perlu menyenaraikan dan menyusun semua akaun hutang anda mengikut jumlah yang paling kecil hingga yang paling besar.
Tumpuan untuk melangsaikan hutang hendaklah diberikan kepada akaun yang paling kecil. Akaun-akaun yang selebihnya pula hanya akan dibayar amaun yang minimum. Setelah hutang tersebut selesai, kaedah tersebut dimulakan semula.
Pendekatan ini mampu memberikan anda motivasi apabila melihat satu akaun hampir untuk dihapuskan. Bagaimanapun kelemahan kaedah ini adalah ia mungkin mengambil masa yang lama untuk langsaikan semua hutang. Selain itu, pembayaran minimum mungkin akan menyebabkan pengumpulan kadar keuntungan yang memanjangkan tempoh pembayaran semula akaun-akaun hutang yang lain.
Ini berbeza dengan perbankan patuh syariah dimana konsep ‘pinjaman’ adalah tidak betul. Sebaliknya, istilah dan terma tepat yang digunakan adalah ‘pembiayaan’. Ini kerana pihak pembiaya akan ‘membeli’ barangan untuk pelanggan dan kemudian menjualnya kepada mereka pada harga yang telah dipersetujui.
Mengikut konsep ini, tidak ada wang yang sebenarnya dipinjamkan kepada pelanggan. Ini menjadikan pembiayaan patuh syariah bebas dari unsur riba (faedah).
2. Strategi Penyusunan (Debt Stacking)
Mengikut kaedah ini, anda perlu menyenaraikan dan menyusun semula hutang mengikut kadar keuntungan. Hutang yang mempunyai kadar keuntungan tertinggi perlu diberikan tumpuan untuk dilangsaikan terlebih dahulu.
Pendekatan ini dapat mengelakkan anda daripada membayar kadar keuntungan berganda. Bagaimanapun, proses ini akan memakan masa yang lebih panjang berbanding kaedah ‘snowball’.
3. Kaedah Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)
Bukan semua hutang adalah buruk malahan adakalanya ia boleh menguntungkan. Mengikut kaedah ini, anda menyatukan semua hutang ke dalam satu pembiayaan yang baru. Konsep yang sama juga boleh diaplikasikan sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu hutang kad kredit.
Pendekatan ini memudahkan anda dengan menyatukan semua hutang kepada satu sahaja. Anda dapat memberi tumpuan kepada satu ansuran sahaja. Ia juga dapat menyelesaikan masalah kadar keuntungan yang berganda dan berbeza-beza.
Kelebihan lain pendekatan ini adalah sekiranya kesemua akaun hutang anda yang sedia ada merupakan pembiayaan konvensional. Anda boleh menyatukan hutang tersebut di bawah satu akaun pembiayaan Islamik. Berbanding pembiayaan konvensional, pembiayaan Islamik mempunyai lebih banyak kelebihan.
Bagaimanapun, sekiranya anda sudah mempunyai hutang yang tinggi dan ditambah pula dengan masalah selalu terlewat membuat pembayaran, anda mungkin akan menemui kesukaran untuk diluluskan permohonan pembiayaan.