Apakah perbezaaan beli motosikal dengan loan kedai vs pembiayaan peribadi? Adakah anda sedang merancang untuk memiliki sebuah motosikal idaman namun tiada tunai dalam tangan dan permohonan pinjaman sering ditolak oleh pihak bank? Tahukah anda terdapat 2 cara lain untuk anda memiliki motosikal idaman iaitu dengan membuat pinjaman melalui loan kedai atau pembiayaan peribadi. Pasti anda tertanya-tanya apakah perbezaan di antara kedua-dua pinjaman ini. Loan kedai bermaksud pinjaman yang ditawarkan oleh pihak kedai motosikal sendiri dengan syarat-syarat tertentu. Manakala, pembiayaan peribadi adalah salah satu fasiliti yang diberikan oleh institusi kewangan kepada pelanggan untuk tujuan peribadi seperti membeli kenderaan, pengubahsuaian rumah, bil perubatan, bayar yuran pendidikan dan sebagainya.
Contents
Risiko loan kedai
Adakah anda layak untuk memohon loan kedai? Secara umumnya, loan kedai sangat sesuai bagi pelanggan yang mempunyai simpanan tunai yang banyak dan mempunyai perniagaan sendiri. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan kedai akan meminta pelanggan untuk membayar duit muka sekurang-kurangnya 10% dari harga motosikal sebelum pelanggan dapat memiliki motosikal idaman mereka.
Namun, bukan semua kedai yang menjual motosikal menawarkan pelan pinjaman seperti ini. Pelanggan juga haruslah ingat kadar bunga melalui pinjaman kedai kebiasaanya jauh lebih tinggi berbanding dengan institusi-institusi kewangan yang lain. Selain itu, sebarang risiko berhubung pinjaman ini juga perlu ditanggung oleh pihak kedai sendiri.
Proses pinjaman yang mudah membuatkan ramai pelanggan tertarik untuk memilih untuk membeli motosikal menggunakan pinjaman ini. Namun, setiap pembelian dengan loan kedai tidak akan termasuk di dalam skor kredit anda. Skor kredit secara asasnya faktor terpenting yang dapat menentukan permohonan pinjaman anda sama ada lulus atau tidak sekiranya anda ingin membuat pinjaman bank untuk membeli rumah, kereta atau memohon kad kredit di masa hadapan. Hal ini demikian kerana, rekod kredit anda yang akan menilai tahap kesihatan kewangan anda.
Kebaikan menggunakan pembiayaan peribadi untuk membeli motosikal
Antara kelebihan yang anda perolehi apabila menggunakan pembiayaan peribadi untuk beli motosikal idaman anda ialah motosikal tersebut menjadi hak milik anda sepenuhnya kerana anda telah membuat bayaran penuh dengan kedai motosikal. Selain itu, anda juga boleh membuat bayaran pembiayaan peribadi dalam tempoh yang lebih panjang berbanding dengan loan kedai. Kebiasaannya tempoh maximum pembiayaan peribadi yang boleh dibuat adalah sehingga 10 tahun.
Justeru itu, jumlah ansuran bulanan anda juga akan menjadi lebih rendah dan ianya adalah salah satu faktor yang boleh meringankan beban dalam menguruskan kewangan anda. Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan teknik penyatuan hutang apabila membuat pembiayaan peribadi yang mana anda boleh menyatukan kesemua komitmen anda menjadi satu bayaran sahaja dan dalam masa yang sama komitmen bayaran bulanan anda juga akan menurun.
Contoh perbandingan pengiraan loan kedai vs pembiayaan peribadi
Jadual di bawah merupakan perbezaan jumlah harga yang anda perlu bayar apabila membuat pinjaman loan kedai dan pembiayaan peribadi.
Jadual di atas menunjukkan perbezaan yang jelas di antara kedua-dua jenis pinjaman dengan dan tanpa pembayaran duit muka terutamanya dari jumlah keseluruhan bayaran. Dengan pembiayaan peribadi, pelanggan dapat menikmati ansuran bulanan yang lebih rendah berbanding dengan pinjaman kedai tanpa membayar sebarang deposit dan tidak perlu menampung kadar faedah yang tinggi. Manakala, jumlah keseluruhan bayaran dan ansuran bulanan masih lagi tinggi bagi pinjaman kedai walaupun dengan pembayaran duit muka.
Secara konklusinya, pelanggan haruslah teliti dalam memilih pembiayaan yang mana lebih sesuai yang boleh membantu anda merealisasikan impian untuk memiliki motosikal idaman anda. Justeru itu, jadilah pengguna bijak dan jangan terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan. Tepuk dada, tanya selera!
Yayasan Ihsan Rakyat menawarkan pembiayaan peribadi ekslusif kepada penjawat awam.
Tahukah anda terdapat sebuah yayasan di bawah Akta Syarikat 2016 iaitu Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) yang menawarkan pembiayaan peribadi patuh shariah ekslusif bagi penjawat awam? YIR meletakkan syarat minimum pendapatan kasar pemohon pada RM1,500 sahaja dan kakitangan tetap yang telah berkhidmat sekurang-kurangya 6 bulan perkhidmatan. Selain itu, YIR juga menawarkan had pembiayaan sehingga RM250,000 dengan kadar keuntungan istimewa serendah 5.99% dan pengeluaran wang secepat 24 jam. Apa yang lebih menarik, kini pemohon boleh terus memohon pembiayaan peribadi YIR hanya di hujung jari sahaja dengan menggunakan sistem aplikasi terbaru mereka yang diberi nama ePanta$ yang boleh dimuat turun di Apple App Store https://bit.ly/ePantasADL dan Google Play Store https://bit.ly/ePantasGDL. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman sesawang rasmi YIR di https://yir.com.my/.