Pada 12 Julai 2023, pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA telah diberikan kepada staf di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditaja khas oleh pemberi dana YIR, RCE dengan kerjasama NKF Malaysia dan turut serta menjemput pihak Breast Cancer Welfare Association Malaysia. Program ini adalah sebahagian daripada program CSR kami untuk menghargai pelanggan-pelanggan berpotensi dan sedia ada.
Pada hari tersebut, setiap individu yang hadir ke booth kami dan menjawab survey ringkas telah menerima bag RCE edisi terhad berserta pek sagu hati. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan kepada kami.
Terima kasih juga kepada pihak PMCare atas sokongan untuk menjayakan program ini.