Sumbangan Peralatan Perubatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sumbangan Peralatan Perubatan di Hospital Kuala Lumpur.

Majlis Penyerahan Sumbangan di Hospital Kuala Lumpur pada 2 September 2021.
Dari kiri: Dr. Haslina (Penolong Pengarah Kanan dan Pegawai Aset), Dr. Rohana Johan (Pengarah), Dr. Fairoz (Timbalan Pengarah Pembedahan) dan krew unit.

RCE Capital Berhad telah menyumbangkan peralatan perubatan bernilai RM97,000 kepada Hospital Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Sebagai sokongan kepada sistem kesihatan awam dalam merawat pesakit kritikal COVID-19 di dalam Wad Unit Rawatan Rapi (“ICU”) RCE Capital Berhad (“RCE”) pemberi dana kepada Yayasan Ihsan Rakyat (“YIR”), meneruskan usaha untuk menyumbang peralatan perubatan kepada Hospital Ampang (“HA”). Malaysia telah mencatatkan kes harian ke paras tertinggi dengan 21,668 kes baharu pada minggu lalu.

Peralatan perubatan yang bernilai RM97,000 terdiri daripada 4 unit Medcaptain MP-30 Syringe Pump dan 15 unit Sanuvox BIOPÜR Advanced Portable Air Purifier. Peralatan perubatan tersebut adalah penting untuk menyokong pemberian terapi oksigen kepada pesakit COVID-19 dan membantu mengurangkan virus bawaan udara di dalam bilik seluas 800 kaki persegi.

HKL ditubuhkan pada tahun 1870 merupakan hospital kerajaan terbesar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang dilengkapi dengan 83 wad dan 2,300 katil pesakit. Hospital ini mempunyai 28 jabatan klinikal dan menyediakan 12 perkhidmatan sokongan klinikal.

RCE memberikan tumpuan khusus dalam meningkatkan kesedaran kesihatan melalui pelbagai program tanggungjawab sosial korporat. RCE juga menyumbangkan peralatan perubatan sebanyak RM300,000 ke wad unit rawatan rapi di Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada 17 Ogos, 29 dan 22 Julai 2021. RCE berharap sumbangan ini dapat membantu sistem penjagaan kesihatan awam dalam mengurus isu kekurangan alat perubatan dan memberikan rawatan perubatan kepada pesakit COVID-19.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Tinggalkan Balasan