Bantuan kepada yang Memerlukan Semasa Pandemik

Bantuan kepada yang Memerlukan Semasa Pandemik

Sehubungan pandemik COVID-19 yang telah memberi impak besar kepada ekonomi Malaysia, perniagaan dan mata pencarian, YIR memahami kepayahan yang dihadapi oleh pihak barisan hadapan. Tanda sokongan terhadap usaha barisan hadapan, kami telah menyumbang kelengkapan pelindungan diri seperti topeng muka, cecair pembasmi kuman kepada Hospital UKM dan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk meringankan beban kerajaan dalam menyediakan kelengkapan keselamatan.

Pertolongan lain seperti bantuan kewangan, keperluan harian, topeng muka, cecair pembasmi kuman serta termometer inframerah turut diagihkan kepada pelbagai organisasi dan yang memerlukan seperti Tabung Perwira COVID-19 Aman Palestine, Melaka Chef Association Malaysia, Harta Prima Realties and Surau Al-Hidayah. Inisiatif tersebut adalah penting dalam membantu meringankan impak pandemik.

YIR akan terus berusaha untuk menyumbangkan dalam apa jua bentuk bantuan kepada komuniti tempatan dalam menghadapi pandemik global ini.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Tinggalkan Balasan