Sumbangan Peralatan Perubatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Sumbangan Peralatan Perubatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Majlis Penyerahan di Hospital Sungai Buloh pada 29 Julai 2021 disertai oleh Dr. Nur Jannah (kiri) dan pasukan beliau.

RCE Capital Berhad telah menyumbangkan peralatan perubatan bernilai RM100,000 untuk kegunaan Wad ICU di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

RCE Capital Berhad (“RCE”) yang merupakan pemberi dana kepada Yayasan Ihsan Rakyat (“YIR”) telah menyumbangkan peralatan perubatan kepada Hospital Sungai Buloh (“HSB”) dalam usaha bersama untuk menyokong sistem kesihatan awam demi merawat pesakit kritikal di dalam Wad Unit Rawatan Rapi (“ICU”) yang kian bertambah akibat kenaikan kes COVID-19 dalam negara kita kini.

Peralatan perubatan yang bernilai RM100,000 terdiri daripada 288 set tiub pernafasan Fisher & Paykel yang boleh dipanaskan serta kit ruang lengkap untuk kanula hidung dewasa. Peralatan tersebut adalah penting untuk membantu pemberian terapi oksigen kepada pesakit COVID-19.

HSB adalah hospital kerajaan di Selangor yang mula beroperasi pada tahun 1999 dan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan pertengahan dan tinggi. Hospital ini dilengkapi dengan fasiliti kesihatan merangkumi 620 katil pesakit dan merupakan pusat kesihatan pakar untuk rawatan dalam beberapa bidang klinikal.

RCE telah melaksanakan pelbagai program CSR, terutamanya dalam peningkatan kesedaran kesihatan di Malaysia. Pada 22 Julai 2021, Wad ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang adalah salah satu penerima sumbangan peralatan perubatan bernilai RM97,000 daripada RCE, untuk membantu meringankan beban petugas kesihatan barisan hadapan kita yang berterusan berjuang melawan wabak COVID-19.


Sijil penghargaan yang disampaikan oleh HSB kepada RCE.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Tinggalkan Balasan