CSR - Yayasan Ihsan Rakyat

CSR

Inisiatif CSR Tan Sri Azman Hashim

Yayasan Azman Hashim, dibawah pimpinan Tan Sri Azman Hashim adalah organisasi amal tidak berasaskan keuntungan yang menumpukan untuk peningkatan pendidikan dan kebajikan dikalangan yang kurang bernasib baik serta mereka yang memerlukan bantuan.

Nota: Tan Sri Azman Hashim, melalui Amcorp Group Berhad, adalah pemegang saham majoriti RCE, iaitu pembiaya tunggal bagi Yayasan Ihsan Rakyat.

Bantuan kepada yang Memerlukan Semasa Pandemik

Sehubungan pandemik COVID-19 yang telah memberi impak besar kepada ekonomi Malaysia, perniagaan dan mata pencarian, YIR memahami pekayahan yang dihadapi oleh pihak barisan hadapan. Tanda sokongan terhadap usaha barisan hadapan, kami telah menyumbang kelengkapan pelindungan diri seperti topeng muka, cecair pembasmi kuman Hospital UKM dan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk meringankan beban kerajaan dalam menyediakan kelengkapan keselamatan.

Pertolongan lain seperti bantuan kewangan, keperluan harian, topeng muka, cecair pembasmi kuman serta termometer inframerah turut diagihkan kepada pelbagai organisasi dan yang memerlukan seperti Tabung Perwira COVID-19 Aman Palestine, Melaka Chef Association Malaysia, Harta Prima Realties and Surau Al-Hidayah. nisiatif tersebut adalah penting dalam membantu meringankan impak pandemik.

YIR akan terus berusaha untuk meyumbangkan dalam apa jua bentuk bantuan kepada komuniti tempatan dalam menghadapi pandemik global ini.